Rules & Regulations

SYARAT & PERATURAN DI PUSAT TUISYEN NUR CAHAYA

Bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di Pusat Tuisyen Nur Cahaya (PTNC), pihak pengurusan telah menetapkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh pelajar/ibubapa selama proses pembelajaran dan pengajaran berlaku :

A) YURAN

  1. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 7 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan Pusat Tuisyen Nur Cahaya berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh tiga (3) bulan berturut-turut. Sekiranya pelajar/ibubapa/penjaga gagal menjelaskan yuran tuisyen untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut, surat peringatan/pemberitahuan akan dihantar kepada ibubapa/penjaga pelajar.
  2. Yuran pendaftaran berjumlah RM 50.00 dikenakan ke atas setiap pelajar yang berdaftar bagi tujuan proses pendaftaran dan rekod pelajar, dan yuran bahan berjumlah RM 150.00 (Tahun 2, 3, 4 dan 5) atau RM 200.00 (Tahun 6, Tingkatan 2 dan 3) atau RM 100.00/subjek (Tingkatan 4 dan 5) untuk bahan pembelajaran sepanjang tahun.
  3. Sebarang pembayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut kembali dan sila simpan setiap resit baran yuran bulanan yang telah dibuat untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
  4. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya. Bagi pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula
    pembelajaran.

B) KEDATANGAN

  1. Ibubapa/penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Tuisyen Nur Cahaya mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (sms) atau FB : Pusat Tuisyen Nur Cahaya (PTNC) atau layari laman web kami di www.cahaya.net.my
  2. Pusat Tuisyen Nur Cahaya akan ditutup pada setiap cuti umum dan tiada kelas gantian atau rebet akan dibuat sekiranya ada jadual yang jatuh pada hari cuti umum tersebut.

C) PAKAIAN

  1. Para pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke pusat tuisyen. Pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  2. Para pelajar tidak dibenarkan memakai barang kemas, membawa wang berlebihan/barang berharga atau benda-benda tajam dan juga barang mainan ke pusat tuisyen. Pihak pentadbiran tidak akan menaggung sebarang kehilangan/kerosakan barang berharga.

D) DISIPLIN

  1. Para pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetap oleh pihak tuisyen. Sekiranya pelajar
    didapati melanggar peraturan-peraturan ini, pihak pengurusan akan memanggil ibubapa bagi membincangkan perkara tersebut. Sekiranya kesalahan masih lagi berulang, tindakan disiplin akan diambil.
  2. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Tuisyen Nur Cahaya dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.
  3. Para pelajar dilarang sama sekali menconteng meja,kerusi, dinding dan apa jua bentuk hak milik Pusat Tuisyen Nur Cahaya.
  4. Para pelajar dilarang sama sekali merokok di dalam dan di luar premis Pusat Tuisyen Nur Cahaya.
  5. Para pelajar tidak dibenarkan membawa apa jua bentuk makanan dan minuman masuk ke dalam premis Pusat Tuisyen Nur Cahaya.

E) KESELAMATAN

  1. Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan Pusat Tuisyen Nur Cahaya berhak untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada Pusat Tuisyen Nur Cahaya sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.

F) PROSES PEMBELAJARAN

  1. Untuk sebarang pertanyan tentang prestasi pembelajaran boleh merujuk terus kepada tenaga pengajar bagi
    setiap subjek berkaitan.
  2. Ujian pengasingan tahap kelas (streaming class) akan dilakukan ke atas kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan besar.
  3. Jika terdapat sebarang masalah/pertanyan bolehlah terus menghubungi pihak pengurusan Pusat Tuisyen Nur Cahaya .

 

AMARAN KERAS !!! 

  1. Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :
  2. Sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa hadir ke kelas.
  3. Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.
  4. Membawa alat tulis, buku, nota, bahan fotokopi dan kelengkapan lain dengan secukupnya.
  5. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam pusat tuisyen.
  6. Dilarang makan dan minum di dalam pusat tuisyen
  7. Dilarang memakai barangan perhiasan yang berlebihan.
  8. Penggunaan telefon bimbit di dalam pusat tuisyen adalah dilarang sama sekali.
  9. Para pelajar dilarang sama sekali menconteng meja,kerusi, dinding dan apa jua bentuk hak milik Pusat Tuisyen Nur Cahaya.
  10. Sila padam whiteboard,tutup suis dan susun meja/kerusi selepas habis kelas.
  11. Kehadiran tanpa pemberitahuan dan tanpa sebab yang munasabah selama 2 minggu akan diberhentikan.
  12. Pelajar yang di kenalpasti ponteng akan dikenakan tindakan tatatertib.